selamat datang


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, November 20, 2008

cerita aku..


pak su dan mak wan gi doh..naik flight dari terengganu terus ke jeddah..kekgi bila dia sampai, gi la jumpa dia..kata emak masa aku call semalam..pagi tadi pun keluar perkataan yang sama..aku boleh rasa perasaan jemaah2 haji lebih2 lagi yang first time nak datang makkah..dah lama kumpul duit dari muda sampai la berumur..baru lah Allah kabulkan doa mereka..begitu teruja nak mai makkah..aku sempat jumpa pak su dan mak wan sewaktu balik bercuti beberapa bulan yang lepas..mak dan pak sepupu aku ni 2 kali datang rumah nak tanya pasal keadaan di Makkah ni..aku x la tahu sangat sebab baru setahun berada di makkah..tapi boleh la cerita sikit2 sekadar nak berkongsi pengalaman buat haji tahun lepas..banyak jugak cabarannya..yang penting kita boleh bersabar..bukan senang jugak la nak buat haji ni..macam2 ujian yang datang..kalu yang dah buat haji tu, tahu la macam mana perasaanya..

jam 2.30 ptg waktu makkah hanset aku berbunyi tapi nombor malaysia...pelik jugak sebab jarang sangat orang dari malaysia call.."ni mohd aswadi ke? tanya suara dari sana..ye saya..kejap yer, pak su nak cakap..ok..rupanya pak su mintak tolong orang call aku sebab mungkin dia kurang mahir guna nset ni..

pak su dah selamat sampai makkah..dia bagitau nama hotel dan no bilik yang dia menginap..tapi kurang jelas..jadinya ustaz yang call tu,,tolong jelaskan nama hotel..sevilla barakat rupanya..pak su sambung balik cakap dgn aku..katanya mak wan x mari..kurang jelas kedengaran..sebab apa?ada masalah pasport ke..jarang2 berlaku ni.fikir aku dalam hati.. sebab apa mak wan x mari? ada masalah ker? aku bertanya pada pak su..

pak su sambung dgn nada yang rendah..mak wan dah meninggal dunia.. innalillah wainna ilaihi raaji'uun.....perkataan yang x pernah dijangka akan aku dengar dari mulut pak su..aku tabahkan hati..bila pak su? aku lemparkan soalan.. dia jatuh dalam kapal terbang dan meninggal..itu jer yang aku dgr, tapi x dapat cerita yang jelas lagi..


rasa begitu cepat berlaku..rasa macam baru lagi bertemu..sekejap sahaja Allah boleh tarik..Mungkin Allah lebih sayangkan mak wan..suara pak su dgr tenang..dia redha apa yang berlaku..setiap yang hidup pasti x kan terlepas dari qiamat kecil ni.. akhirnya hasrat mak wan nak datang makkah melihat qiblatnya dari kecil tidak kesampaian..Bila tiba di makkah, tabung haji uruskan berkaitan jenazah..dan alhamdulillah dah selamat dikebumikan lepas subuh tadi..tapi x pasti sama ada disolatkan di masjidl haram atau tidak..kebiasaanya dia akan uruskan di sini..mungkin rezeki mak wan, meninggal dalam ihram dan disolatkan di masjidilharam dan dikebumikan di makkah..mudah2 an Allah ampunkan segala dosa hamba2nya dan ditempatkan dikalangan orang yang soleh dan solehah insya Allah..

aku habiskan perbualan dgn perasaan sayu..i-allah akan bertemu pak su di hotel pagi esok sebab malam ni pak su nak buat umrah..i-Allah malam ni aku akan buat solat jenazah ghaib..kalu ada yang ringan tulang, boleh la buat sekali..sama2 lah kita sedekahkan Al- fatihah buat Allahyarham mak wan..aminn..

Tuesday, November 18, 2008

Hajjatul wida', saat perpisahan nabi s.a.w dengan umatnya.

Memandangkan musim haji sudah tidak lama lagi, terdetik untuk menulis berkenaan haji, lebih2 lagi suasana haji sekerang ini makin dirasai dari hari ke hari.Nak sembahyang di masidil haram pun, kalau pergi lewat2 susah nak solat di tingkat bawah sebab jemaah haji dah semakin bertambah di bumi haram ni..tapi memandangkan masa amat terbatas dan minggu depan pun ada exam beberapa paper, jadinya x sempat nak cari bahan dan menulis..Boleh cari fakta macam ni pun jadi la untuk kebaikan bersama..mudah2an ada yang dapat belajar daripada haji terakhir nabi kita s.a.w..

Haji Terakhir (1)

Tugasan dakwah Rasulullah kiranya sudah sampai ke garisan penamat, penyampaian risalah pun sudah dilaksanakan, penegakan sebuah masyarakat baru yang berasaskan pemangkinan konsep al-Uluhiyah dan ketuhanan kepada Allah dan penafiannya dari yang lain-lain berdasarkan risalah Muhammad (s.a.w) menjadi kenyataan dan kini Rasulullah seakan-akan terdengar suatu suara dari dalam hati kecilnya bagaikan memberitahu bahawa persinggahan Baginda di dunia ini sudah sampai kepada tempohnya yang ditetapkan itu.

Malah hal ini dirasainya semasa Baginda mengutus Muaz bin Jabal ke negeri al-Yaman sebagai Gabenor di tahun kesepuluh (10) Hijrah. Masa itu Baginda telah bersabda dengan katanya yang bermaksud: " Wahai Muaz! Sebenarnya engkau mungkin tidak akan bertemu lagi dengan aku selepas tahun ini dan semoga kau akan melalui di masjidku ini dan di kuburku ini ". Di sini Muaz menangis tersedu-sedu kerana berpisah dengan Rasulullah (s.a.w).

Dengan izin Allah, Rasulullah (s.a.w) berkesempatan melihat hasil kerja dakwahnya setelah mengalami berbagai kepahitan dan kesusahan selama dua puluh tahun lebih. Di hujung bandar Makkah, Rasul berkumpul bersama-sama perwakilan-perwakilan qabilah Arab, menyampaikan kepada mereka syariat-syariat dan hukum hakam Islam. Baginda mengambil penyaksian mereka, sebagai memperakui bahawa Baginda telahpun menyampaikan amanah dan tugasan-tugasan, melaksanakan risalah yang dipertanggungjawab dan menasihati sekalian umat.

Di hari ini Rasulullah mengisytiharkan azamnya untuk menunai haji mabrur yang bersejarah itu, al-Madinah kini dibanjiri oleh berduyun-duyun manusia, kesemua mereka berhasrat menyertai dan mengikuti Rasulullah di dalam peribadatan hajinya. Pada hari Sabtu empat hari terakhir bulan Zulkaedah, Baginda telah bersiap dengan tunggangannya, mengemas dirinya, memakai minyak rambut dan menyikatnya, mengenakan pakaian dan rida'nya dan menggalas senjatanya. Selepas sembahyang Zohor, Baginda terus bergerak hinggalah sampai Zul Hulaifah sebelum masuk waktu Asar. Di sana Baginda menunaikan solat sunat dua rakaat dan bermalam. Keesokkan harinya selepas solat Subuh, Baginda memberitahu kepada semua sahabat yang hadir: "Malam tadi aku telah didatangi pemberitahuan dari Tuhanku yang telah menyebut: Bersembahyanglah kamu di lembah yang penuh berkat ini dan katakanlah wahai Muhammad: Umrah dikerjakan bersama-sama Haji".

Sebelum Baginda menunaikan solat Zohor di hari itu, bersambung....

Monday, November 17, 2008

membaca + ilmu ??

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ (١)خَلَقَ الإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ (٢)اقْرَأْ وَرَبُّكَ الأَكْرَمُ (٣)الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ (٤)عَلَّمَ الإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

Firman Allah Taala :

"Bacalah dgn menyebut nama tuhanmu yang menciptakan.Allah mencipta manusia daripada segumpal darah.Bacalah, dan tuhanmu paling pemurah.Yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam (Menulis dan membaca).Allah mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."

Firman Allah Taala :
"Katakan ( wahai Muhammad ) adakah sama orang yang mengetahui dan orang yang tidak mengetahui.."