selamat datang


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, November 18, 2008

Hajjatul wida', saat perpisahan nabi s.a.w dengan umatnya.

Memandangkan musim haji sudah tidak lama lagi, terdetik untuk menulis berkenaan haji, lebih2 lagi suasana haji sekerang ini makin dirasai dari hari ke hari.Nak sembahyang di masidil haram pun, kalau pergi lewat2 susah nak solat di tingkat bawah sebab jemaah haji dah semakin bertambah di bumi haram ni..tapi memandangkan masa amat terbatas dan minggu depan pun ada exam beberapa paper, jadinya x sempat nak cari bahan dan menulis..Boleh cari fakta macam ni pun jadi la untuk kebaikan bersama..mudah2an ada yang dapat belajar daripada haji terakhir nabi kita s.a.w..

Haji Terakhir (1)

Tugasan dakwah Rasulullah kiranya sudah sampai ke garisan penamat, penyampaian risalah pun sudah dilaksanakan, penegakan sebuah masyarakat baru yang berasaskan pemangkinan konsep al-Uluhiyah dan ketuhanan kepada Allah dan penafiannya dari yang lain-lain berdasarkan risalah Muhammad (s.a.w) menjadi kenyataan dan kini Rasulullah seakan-akan terdengar suatu suara dari dalam hati kecilnya bagaikan memberitahu bahawa persinggahan Baginda di dunia ini sudah sampai kepada tempohnya yang ditetapkan itu.

Malah hal ini dirasainya semasa Baginda mengutus Muaz bin Jabal ke negeri al-Yaman sebagai Gabenor di tahun kesepuluh (10) Hijrah. Masa itu Baginda telah bersabda dengan katanya yang bermaksud: " Wahai Muaz! Sebenarnya engkau mungkin tidak akan bertemu lagi dengan aku selepas tahun ini dan semoga kau akan melalui di masjidku ini dan di kuburku ini ". Di sini Muaz menangis tersedu-sedu kerana berpisah dengan Rasulullah (s.a.w).

Dengan izin Allah, Rasulullah (s.a.w) berkesempatan melihat hasil kerja dakwahnya setelah mengalami berbagai kepahitan dan kesusahan selama dua puluh tahun lebih. Di hujung bandar Makkah, Rasul berkumpul bersama-sama perwakilan-perwakilan qabilah Arab, menyampaikan kepada mereka syariat-syariat dan hukum hakam Islam. Baginda mengambil penyaksian mereka, sebagai memperakui bahawa Baginda telahpun menyampaikan amanah dan tugasan-tugasan, melaksanakan risalah yang dipertanggungjawab dan menasihati sekalian umat.

Di hari ini Rasulullah mengisytiharkan azamnya untuk menunai haji mabrur yang bersejarah itu, al-Madinah kini dibanjiri oleh berduyun-duyun manusia, kesemua mereka berhasrat menyertai dan mengikuti Rasulullah di dalam peribadatan hajinya. Pada hari Sabtu empat hari terakhir bulan Zulkaedah, Baginda telah bersiap dengan tunggangannya, mengemas dirinya, memakai minyak rambut dan menyikatnya, mengenakan pakaian dan rida'nya dan menggalas senjatanya. Selepas sembahyang Zohor, Baginda terus bergerak hinggalah sampai Zul Hulaifah sebelum masuk waktu Asar. Di sana Baginda menunaikan solat sunat dua rakaat dan bermalam. Keesokkan harinya selepas solat Subuh, Baginda memberitahu kepada semua sahabat yang hadir: "Malam tadi aku telah didatangi pemberitahuan dari Tuhanku yang telah menyebut: Bersembahyanglah kamu di lembah yang penuh berkat ini dan katakanlah wahai Muhammad: Umrah dikerjakan bersama-sama Haji".

Sebelum Baginda menunaikan solat Zohor di hari itu, bersambung....

No comments: