selamat datang


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, January 30, 2009

exam mood

Assalamualaikum..alhamdulillah perjalanan majlis takharruj semalam berjalan dgn lancar.Terima kasih kepada semua yang hadir dan jugak sahabat2 yang bertungkus lumus merancang majlis tersebut..Mintak maaf sebab x sempat nak upload gambar2 semalam.Exam dah nak dekat, so mungkin blog ni x akan di update dalam masa terdekat ni..

sekadar gambar hiasan

Wednesday, January 28, 2009

Nikmati Zam-Zam..

Selesai saja tawaf, mata aku pun liar mencari tempat yang sesuai untuk solat sunat tawaf.Seperti kebiasaannya musim sekarang ni orang tak la ramai sangat, so banyak jer tempat kosong berhadapan dengan Multazam kat sebelah Maqam Nabi Ibrahim tu.Ada jugak kelibat orang yang mukanya sejenis dengan aku, maksudnya orang Malaysia la yang mungkin datang melalui visa ziarah sebab visa umrah masih belum dibuka.Selesai jer semua, aku pun melangkah keluar melalui celah-celah kesibukan manusia.Aku fikir, elok jugak kalau amik air zam-zam pagi esok..Jadinya aku call DR mintak tolong dia hantarkan ke Kudai pagi esok..Alhamdulillah deal..

Pagi ni x de kelas sebab minggu ni dah start exam.Second paper aku hari sabtu ni subjek Nahu dan Insya'..Jam 8.oo pagi aku keluar, jika seperti biasanya, masa ni aku ke kelas, tapi hari ni nak ke Kudai untuk amik zam-zam. Ust Falah bagitau DR call suruh tunggu kat bawah..Dah lama rasanya x amik zam-zam untuk buat stok kat rumah ni.Sejak datang oktober tahun lepas, ni la kali pertama gi amik zam-zam..Kalau minum tu dah selalu kat Masjidilharam, tapi yang ni untuk buat minum kat rumah..Terasa rugi kalau duk kat Makkah tapi x minum air zam-zam sebab kat sini mudah nak dapat.Kalau orang luar, rela habiskan beratus2 ringgit untuk dapatkan setong air zam-zam.Kat sini walaupun dapat free, tapi kurang rajin jugak untuk pergi amik.Mungkin sebab susah pengangkutan sebab sebelum ni mintak tolong kawan2 yang ada kereta, tapi kadang2 x best jugak kalau nak mintak tolong selalu..Malu jugak muka ni..

Alhamdulillah, terisi jugak 6 tong, mujur la orang x ramai, penat jugak rupanya, tapi x per, boleh temankan ustaz falah exercise ( betul ker spellingnyer tu..lantakla ) sebab dia duk kat sini susah nak exercise, jadi ni salah satu jasa baik aku la untuk tolong kawan..hahahaha (jgn muraih : maksunya marah dalam loghat Fatoni)..InsyaAllah mudah2an Allah beri kekuatan untuk istiqamah dalam perkara ni.Nanti habis boleh amik lagi, amat berharap lain kali akan dapat kerjasama kawan2 yang lain lagi sebab semua nak minum, jadi apa salahnya kita tolong menolong & kerjasama.Kalau nak biarkan ustaz Falah jer yang amik kesian jugak kan.Nanti kurus kering pulak dia..

Sekarang time rehat, nanti banyak nak kena study..Untuk makluman kepada semua Ahli Persatuan Pelajar Malaysia Makkah, Malam ni kita akan adakan Majlis Takharruj untuk sahabat2 yang akan pulang ke tanah air di Perkarangan Masjid Masy'Aril Haram, Muzdalifah..Masanya lepas isyak, tapi kita akan bakar satay selepas maghrib..Semua ahli dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis ini..Wassalam

Tuesday, January 27, 2009

lepas halangan pertama..

Alhamdulillah..berakhirnya exam quran tengah ari tadi menandakan aku telah lepas halangan pertama untuk exam sem ni..tinggal lagi baki 9 subjek yang kena harungi mulai sabtu depan..mampu ke nak dapat mumtaz?aku tanya diri sendiri.ntah la macam mana, ada yang muqarrar sikit dan ada yang banyak.Perit jugak tu kalu difikirkan..tu la, siapa suruh malas study..kan padan muka aku..

Petang tadi lepas zohor ada kelas nahu.Dr aku tu nak habiskan tajuk yang belum habis.dia tanya budak2 ni, nak belajar ke tajuk ni hari ni? budak2 ni selamba jawab, kita belajar la tapi jangan masuk exam..chee wah..manis jer mulut..kalu ikutkan hati sebenarnya memang malas belajar hari ni, tapi mungkin sebab nak tunjuk rajin..Sebelum start tajuk tu, Dr ada bincang pasal muqarrar,banyak pulak budak2 ni tanya apa yang x paham..Aku dah tahu diorang ni saja je pasang umpan..Aku diam je tengok telatah kawan2 yang bertanya walaupun mungkin dah tahu jawapan..belek punya belek, banyak jugak rupanya muqarrar untuk nahu ni, walaupun x la satu kitab, tapi banyak jugak yang kena ulangkaji..sempat ke ni? aku pun x tahu la..akhirnya Tanpa disedari jarum jam kat depan tu dah tunjuk pukul 2 pm lebih..Sekali lagi Dr tanya, nak belajar jugak ker tajuk hari ni? kalau nak belajar boleh, tapi lambat la habis sebab tajuk HAL ni panjang..sebenarnya semua dah tahu sebab sebelum ni x ada kelas yang habis kul 2 lebih..Budak2 ni senyum jer..nampaknya umpan budak2 ni dah mengena..makanya kelas hari ni bertukar jadi kelas sembang2..sikit pun x sentuh pasal subjek hari ni..Walaubagaimanapun yang penting dapat muqarrar untuk nahu dan jugak dapat pujuk Ustaz untuk hazaf beberapa tajuk..Alhamdulillah..

Monday, January 26, 2009

Exam datang lagi..

Bismillah..Entry kali ni pasal exam ..mungkin sebab x de mende sangat dah nak tulis @ sebab bosan x der kerja nak buat @ saja2 nak isi supaya blog ni nampak macam update..Tak kisah la apa2 pun..sebenarnya banyak jer yang nak update..gambor2 first time aku gi kandang kambing, gambor program 3 jam bersama ustaz dr harun din, dan macam2 lagi yang dah disimpan untuk di upload, tapi malangnya internet buat masalah, makanya kerje2 penguploading pun jadi terbengkalai..i-Allah kalau dah okey, akan diuploadkan kemudian..
Cakap pasal exam ni, kalau budak2 mesir baca mesti akan rasa pelik sebab kawan2 aku kat sana dah habis exam..cuma sini jer baru nak start..lambat macam siput..tapi x per la asalkan selamat..2 minggu exam yg akan bermula esok akan jadikan hari seseorang itu x tenang sebab x leh tidur cukup, kena stop main, x leh sembang2, x leh round2 dan macam2 lagi la, sebabnya duk mengadap kitab jer 24 jam..perit- perit...ni la akibatnya kalau study last minit..kan dah susah..hmmm..apa2 pun, bagi sahabat2 yang sedang dalam fatrah exam, selamat menghadapi exam diucapkan dan bagi yang dah lepas tu, diucapkan selamat merdeka dari exam & selamat bercuti..doakan untuk kejayaan semua..kullu sanah wentum toyyib..bittaufiq wannajah..

Pemergian Yang Abadi..


HAYYU ASYIR, 25 Januari -
Jenazah Allahyarham Mohd Hatta Bin Mohd Hanafi 21, pelajar tahun 1 Kuliyyah Usuluddin Universiti Al-Azhar, Kaherah yang meninggal dunia semalam telah selamat disembahyangkan di Dataran Hayyu Asyir disini sekitar jam 11.45 pagi tadi..
berit penuh layari..http://infokpt.blogspot.com/

kepada sahabat2 diluar Mesir yang tidak berpeluang, bolehlah membuat solat jenazah ghaib untuk saudara hatta.mudah2an Allah tempatkannya di maqam yang tertinggi disisiNya..ameen.

Saturday, January 24, 2009

AKU KELU TAK TERKATA..

AL-FATIHAH BUAT ADINDA TERSAYANG MOHD HATTA BIN HANAFI DI BUMI MESIR YANG BARU SAHAJA KEMBALI MENINGGALKAN KITA SEMUA..KITA DOAKAN MOGA2 ROHNYA DICUCURI RAHMAT ALLAH TAALA..

syafakallah..

Assalamualaikum..ana baru dapat berita dari sahabat2 di Mesir..Salah seorang daripada sahabat karib ana yang belajar di Maahad Tahfiz Al-Quran Terengganu,(kini IQT) sekarang ni sedang sakit..sekarang dalam rawatan susulan dan disyaki dijangkiti Tb..Justeru itu, ana nak mintak sedikit simpati sahabat2 di Makkah, jugak sahabat2 di Madinah serta sahabat2 yang mengenali supaya dapat buat solat hajat mudah2an Allah beri kesihatan kepadanya..Sambil2 kita solat hajat untuk kejayaan ummat islam di gazzah, jadi x salah sekiranya niatkan sekali untuk sahabat ana ni ye..namanya Mohd Hatta bin hanafi..Mudah2 kita semua diberkati dan diredhai Allah..ameen..

Friday, January 23, 2009

kemenangan islam..apa rahsia sebaliknya..

Akhir-akhir ini kita mendengar berita kemenangan Palestin berhadapan dengan israel laknatullah sejak israel mula menyerang gaza secara keras pada 1 muharram yang lalu dan juga kita mendengar kebangkitan rakyat dari seluruh negara berhadapan dengan pemimpin2 diktator yang zalim..Tapi dalam kegembiraan kita menyambutnya, adakah kita sedar bahawa kemenangan itu membawa erti bahawa dunia ini akan berakhir.Seperti kemenangan islam pada zaman nabi S.A.W memberi kegembiraan kepada sahabat, tetapi pada masa itu juga memberi petanda kepada dekatnya kewafatan baginda s.a.w yang tercinta.

Allah SWT sejak mengutus Rasulullah SAW menyatakan bahwa umat Nabi Muhammad SAW merupakan umat akhir zaman. Jadi, pengertian akhir zaman itu sudah berlaku sejak diutusnya Nabi Muhammad SAW yang membawa Risalah Sempurna dan Terakhir, hingga hari kiamat. Kita ini tengah berada di dalam masa akhir zaman, yang tidak seorang pun tahu bila kiamat itu datang.

Menurut hadits shahih, masa akhir zaman ini terbahagi menjadi lima. Pertama, masa kenabian, saat Rasulullah SAW masih hidup. Kedua, masa Khulafa' Rasyidin, dimulai saidina Abu bakar, Umar, Usman, dan Ali. Ketiga, masa raja-raja menggigit (maalikan ‘adhan), yaitu masa setelah wafatnya Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu ‘Anhu sampai runtuhnya Daulah Khilafah Utsmaniyah (1924). Keempat, masa maalikan jabariyan (penguasa diktator atau penguasa yang zalim). Dan kelima, masa kembalinya sistem khilafah.

“Kita sekarang, umat Islam saat ini, tengah berada di dalam masa maalikan jabariyan atau penguasa yang zalim atau diktator. Umat Islam walau berjumlah banyak tetapi tidak memiliki kekuatan . Banyak tetapi seperti buih di lautan yang mudah diumbang-ambingkan oleh musuh-musuh Allah, ”

Kezaliman ini, sesuai dengan sunatullah, tidak akan berlangsung selamanyai. Ada sebahagian umat Islam yang akan bangkit dan memimpin perlawanan terhadap kediktatoran tersebut. Hingga umat Islam akan berhadapan dengan musuh agama Allah yang sejati iaitu kaum Yahudi laknatullah. Kita akan berperang habis-habisan melawan Yahudi dan kemenangan akan diperolehi umat Islam. Yahudi akan hancur, bahkan Yahudi akan terus diburu hingga pohon-pohon dan batu pun bercakap, “Hai kaum Muslimin, di belakangku ada Yahudi yang bersembunyi!”

Seluruh pohon dan tumbuhan akan menunjukkan tempat persembunyian Yahudi kecuali satu pohon, yakni pohon gharqad yang merupakan pohon Yahudi. Tidak hairanlah, sekarang pohon gharqad itu banyak ditanam oleh orang-orang Israel, untuk berlindung dari serangan kaum Muslimin.

Kemenangan telah tiba dan tidak lama lagi akan berakhir sepenuhnya..Maka akan berlakulah kiamat yang disebutkan Allah Taala..Sebagai umat islam, kita yakin dan beriman dengannya.Maka mulai sekaranglah kita kena mempersiapkan diri kita untuk menghadapi peristiwa besar yang akan datang tidak lama lagi..wallahu'alam..