selamat datang


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, January 28, 2009

Nikmati Zam-Zam..

Selesai saja tawaf, mata aku pun liar mencari tempat yang sesuai untuk solat sunat tawaf.Seperti kebiasaannya musim sekarang ni orang tak la ramai sangat, so banyak jer tempat kosong berhadapan dengan Multazam kat sebelah Maqam Nabi Ibrahim tu.Ada jugak kelibat orang yang mukanya sejenis dengan aku, maksudnya orang Malaysia la yang mungkin datang melalui visa ziarah sebab visa umrah masih belum dibuka.Selesai jer semua, aku pun melangkah keluar melalui celah-celah kesibukan manusia.Aku fikir, elok jugak kalau amik air zam-zam pagi esok..Jadinya aku call DR mintak tolong dia hantarkan ke Kudai pagi esok..Alhamdulillah deal..

Pagi ni x de kelas sebab minggu ni dah start exam.Second paper aku hari sabtu ni subjek Nahu dan Insya'..Jam 8.oo pagi aku keluar, jika seperti biasanya, masa ni aku ke kelas, tapi hari ni nak ke Kudai untuk amik zam-zam. Ust Falah bagitau DR call suruh tunggu kat bawah..Dah lama rasanya x amik zam-zam untuk buat stok kat rumah ni.Sejak datang oktober tahun lepas, ni la kali pertama gi amik zam-zam..Kalau minum tu dah selalu kat Masjidilharam, tapi yang ni untuk buat minum kat rumah..Terasa rugi kalau duk kat Makkah tapi x minum air zam-zam sebab kat sini mudah nak dapat.Kalau orang luar, rela habiskan beratus2 ringgit untuk dapatkan setong air zam-zam.Kat sini walaupun dapat free, tapi kurang rajin jugak untuk pergi amik.Mungkin sebab susah pengangkutan sebab sebelum ni mintak tolong kawan2 yang ada kereta, tapi kadang2 x best jugak kalau nak mintak tolong selalu..Malu jugak muka ni..

Alhamdulillah, terisi jugak 6 tong, mujur la orang x ramai, penat jugak rupanya, tapi x per, boleh temankan ustaz falah exercise ( betul ker spellingnyer tu..lantakla ) sebab dia duk kat sini susah nak exercise, jadi ni salah satu jasa baik aku la untuk tolong kawan..hahahaha (jgn muraih : maksunya marah dalam loghat Fatoni)..InsyaAllah mudah2an Allah beri kekuatan untuk istiqamah dalam perkara ni.Nanti habis boleh amik lagi, amat berharap lain kali akan dapat kerjasama kawan2 yang lain lagi sebab semua nak minum, jadi apa salahnya kita tolong menolong & kerjasama.Kalau nak biarkan ustaz Falah jer yang amik kesian jugak kan.Nanti kurus kering pulak dia..

Sekarang time rehat, nanti banyak nak kena study..Untuk makluman kepada semua Ahli Persatuan Pelajar Malaysia Makkah, Malam ni kita akan adakan Majlis Takharruj untuk sahabat2 yang akan pulang ke tanah air di Perkarangan Masjid Masy'Aril Haram, Muzdalifah..Masanya lepas isyak, tapi kita akan bakar satay selepas maghrib..Semua ahli dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis ini..Wassalam

No comments: