selamat datang


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, May 30, 2009

pelik tapi benar..

Aziziyyah, makkah 30mei,..

Jam menunjukkan 8.05pg, aku berbisik dalam hati " nampaknya aku dah lewat, harap tak kantoi dgn Syeikh Bukhari." Pagi ini dimulai dengan subjek Aqidah.Penting jugak bagi aku sebab boleh menampung sedikit sebanyak kejahilan dalam diri ni.Tapi yang lebih penting ialah exam tafsir yang akan bermula jam 10.00pg..Aku mencuri pandangan ke dalam kelas, fuhh,, mujur syeikh tak datang lagi..selamat..

Suasana dalam kelas nampak lengang kerana kebanyakan khusyuk dengan ulangkaji & hafal apa yang perlu, mungkin ada jugak yang tertekan sebab muqarrar tafsir untuk mid sem ni boleh dikategorikan sebagai banyak ..Selepas berakhirnya muhadarah aqidah, ada yang bergegas2 meluru keluar, tujuannya nak silau2 soalan tafsir daripada rakan kelas sebelah.."soalan mudah jer, ustaz bagi soalan , lepas tu boleh cari jawapan dalam kitab", kata rakanku yang baru saja lepas exam..wajahnya tergambar seribu keceriaan seolah2 baru dapat duit sejuta..huhu..

Akhirnya berita ni tersebar dengan cepat dan masing2 berani membuat andaian sendiri.Yang sedang khusyuk dengan kitab tafsir tadi pun dah mula letak kitab..yakin jer..Aku pun samalah jugak, letak kitab & pergi menikmati syai ( teh ) kat tepi tu..Tapi dalam hati ni terpikir jugak " kalaulah ustaz buat serius dan x bagi tgk kitab susah jugak tu"..tapi x per la..Harap2 sama macam kelas sebelah..cuba tenangkan hati..

10.05pg : Ustaz datang dengan wajah selamba, dia duduk dan syarah tafsir macam biasa.."maknanya x der exam la", detik hatiku..Rupanya sangkaan kami silap sebab stgh jam sebelum berakhir, tiba2 dia suruh keluarkan kertas kosong.."kita ada exam hari ni, semua simpan kitab dan tidak boleh meniru", katanya dengan muka serius..Aku tengok budak2 ni berpandangan sesama sendiri..dia start bacakan soalan..fuhh, banyak pulak soalan tu..Kami mula menjawab, ada yang yakin & tak lupa jugak yang menggaru kepala..5 minit berlalu..kebanyakannya berwajah cemas, rasa menyesal pun ada sebab tak murajaah sebelum exam..Padan muka hang..

Akhirnya dia bersuara, saya benarkan kamu bukak kitab dan tengok jawapan dalam 10 minit..Apa lagi, budak2 ni cepat2 amik kitab dan salin semua yang ada.( yang malu2 mahu pun ada, tak nak bukak kitab, akhirnya saja je kena sound kat ustaz : "yang ada dalam kitab lebih baik drpd dalam kepala kamu", hahaha kan dah kena... Tak sempat lagi nak tulis jawapan kedua dia dah suruh berhenti dan tukarkan kertas jawapan dengan orang sebelah.."Baiklah, kamu tolong tashihkan dan berikan markah yang sepatutnya kepada kawan kamu", kata ustaz tu.. Maka, dipendekkan cerita, dia bacakan nama dan semua student dalam kelas tu jawab 20 iaitu markah penuh..Dia senyum sinis jer pada kitaorang, tapi itulah maksudnya yang sebenar..Akhirnya nasib menyebelahi kami dan ditambah lagi 20 markah kehadiran menjadikan 40% buat setakat ini, bakinya 60% ialah untuk final exam..Kesemuanya dapat 40 kecuali beberapa orang yang pernah ponteng.. "final exam nanti saya x leh buat camni."katanya sebelum keluar kelas...Kami menganggukkan saja kepala tanda faham..

..tamat..



1 comment:

Anonymous said...

update.. update... (peace)