selamat datang


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, December 4, 2008

haji terakhir ( 2 )

Sebelum Baginda menunaikan solat Zohor di hari itu, terlebih dahulu Baginda bersuci dan mengenakan pakaian ihram, kemudian Aisyah menyapukan minyak wangi dan kasturi pada diri Rasululah. Aisyah menyapukan di badannya dan kepalanya hingga ternampak kilauan minyak kasturi di rambut dan di janggutnya. Baginda membiarkan tanpa membasuhnya dan kemudian menunaikan solat Zohor dua rakaat. Setelah selesai solat, Baginda terus bertahlil di tempat sembahyangnya sebagai memulakan ibadat haji dan umrah, sebagai haji qiran. Setelah itu barulah Baginda bergerak dengan menunggangi untanya yang bernama al-Qaswa', di situ Baginda bertahlil lagi sedang untanya terus bergerak.

Baginda meneruskan perjalanan suci ini hingga hampir memasuki Makkah, maka Baginda bermalam di Tawa. Keesokkan harinya Baginda memasuki Makkah selepas bersembahyang Subuh, di pagi hari Ahad tanggal empat hari terakhir bulan Zulhijjah tahun kesepuluh (10) Hijrah. Selama lapan malam Baginda mengambil masa untuk perjalanannya yang sederhana itu dan apabila Baginda memasuki al-Masjid al-Haram terus Baginda bertawaf di sekeliling Kaabah dan melakukan Saei di antara al-Safa dan al-Maruah, tanpa merombak pakaian ihramnya, kerana Baginda mengerjakan hajinya di kali ini secara qiran berserta dengan binatang sembelihannya. Kemudian Baginda singgah di al-Hajjun tanpa mengulangi tawaf melainkan tawaf rukun haji.

Baginda menyuruh para sahabat yang tidak mempunyai binatang sembelihan supaya menjadikan ihram mereka itu sebagai umrah, dengan bertawaf di sekeliling Kaabah, dan bersaie di Safa dan Maruah, kemudian menukar pakaian ihram kepada pakaian biasa, tetapi para sahabat teragak-agak untuk melakukan suruhan Baginda itu. Justeru itu Rasulullah menegaskan dengan katanya: "Seandainya aku maju ke hadapan dengan suatu tindakan, tak akan pula ku berpatah balik atau menarik balik qurban ku ini. Dan kalaulah aku tidak mempunyai binatang qurban pasti aku merombak pakaian ihram ku ini. Ayuh! Kamu yang tidak memiliki binatang sembelihan, segeralah rombak pakaian ihram". Dengan itu semua mereka pun mematuhi arahan Rasulullah.

Di hari kelapan Zulhijjah yang dikenali juga sebagai hari al-Tarwiyah, Baginda bergerak menuju ke Mina. Di Mina Baginda telah menunaikan solat Zohor, Asar, Maghrib, Isya' dan Subuh. Baginda berhenti di situ beberapa ketika hingga matahari naik barulah Baginda bergerak. Sampai di Arafah di kawasan Namirah, Baginda mendapati sebuah khemah sudah pun didirikan untuknya di situ. Baginda pun singgah sehingga apabila matahari terbenam di ufuk langit Baginda memerintah supaya di bawa kepadanya tunggangan al-Qaswa', dari situ Baginda pun bergerak hingga sampai ke Batn al-Wadi. Di sana orang ramai telahpun berkumpul sebanyak seratus ribu dan dua puloh empat orang atau seratus ribu empat puluh empat orang. Rasulullah berdiri di hadapan mereka dan terus membuat satu ucapan yang lengkap, mafhumnya;

"Wahai sekalian manusia, dengarlah kata-kataku ini, sebenarnya aku tidak tahu berkemungkinan aku tidak akan menemui kamu kalian selama-lamanya selepas tahun ini. Sesungguhnya darah kamu dan harta kamu adalah haram ke atas kamu sama seperti haramnya hari kamu ini di bulan kamu ini dan bumi kamu ini.

Ketahuilah bahawa semua perkara mengenai urusan jahiliah tertanam di bawah kaki ku ini, darah-darah jahiliah adalah tertanam dan darah jahiliah yang mula-mula sekali yang ku hapuskan ialah darah Ibn Rabiah bin al-Harith, kejadiannya terjadi di mana beliau ini dibunuh semasa sedang mengambil susuan dari ibu susuannya Banu Saad, dan riba jahiliah juga dihapuskan, dan riba pertama yang ku hapuskan ialah riba Abbas bin Abdul Mutalib malah kesemuanya dihapuskan sama sekali.

Bertaqwalah kamu kepada Allah demi melaksanakan hak kaum wanita, lantaran kamu telah mengambil mereka sebagai isteri dalam bentuk amanah Allah, kamu halal berseketiduran dengan mereka melalui sebutan nama Allah, dan kaum wanita pula berkewajipan menjaga supaya tidak seorang pun manusia yang kamu bend dibenarkan masuk ke bilik kamu. Sekiranya mereka berbuat demikian maka pukullah mereka dengan pukulan yang tidak parah, ke atas mereka, kamu kewajipan memberi rezeki dan pakaian dengan baik.

Dan sesungguhnya telah ku tinggalkan pada kamu sesuatu di mana kamu tidak akan sesat selepas ini seandainya kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah.

Wahai kalian manusia, sesungguhnya tiada nabi selepas ku ini, dan tiada umat lain selain dari kamu, beringatlah supaya kamu menyembah Tuhan kamu, tunaikanlah fardu sembahyang lima waktu, berpuasalah kamu di bulan Ramadhan, tunaikan wkat harta kamu dengan penuh kerelaan hati, tunaikan haji ke rumah Tuhan kamu, dan taatilah pemerintah-pemeritah kamu nescaya masuklah kamu ke dalam syurga Tuhan kamu.

Kamu semua akan ditanya esok mengenai perihal diriku, maka apa yang nak kamu jawab? Maka kata mereka semua: Kami menyaksikan bahawa engkau telahpun menyampaikan, menunaikan dan menasihati kami".

Dengan mengangkat jari telunjuknya ke arah langit dan berkata ke hadapan orang ramai: Ya Allah Ya Tuhanku, Persaksikanlah. (sebanyak tiga kali.)

Adapun yang bertanggungjawab melaung dan menyampaikan ucapan Rasulullah kepada orang ramai di padang Arafah ialah Rabi'ah bin Umaiyah bin Khalaf. Sebaik sahaja selesai Rasulullah menyampaikan ucapannya itu turunlah firman Allah yang yang bermaksud:

    Di hari ini telah Ku sempurnakan hagi kamu agama kamu dan Kita lengkapkan ke atas kamu nikmatKu, dan Ku meredhai bagi kamu Islam sebagai Deen "

    (al-Maaidah: 3)

Semasa Umar mendengar firman Allah itu beliau terus menangis...

No comments: