selamat datang


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, December 6, 2008

haji terakhir ( 3 )

Semasa Umar mendengar firman Allah itu beliau terus menangis dan setelah ditanya, mengapa beliau menangis? Jawab beliau: "Kerana selepas kesempurnaan akan menyusul pula kekurangan".

Selepas ucapan Rasulullah itu Bilal pun melaungkan azan dan iqamah untuk bersembahyang Zohor. Kemudian beliau iqamah pula untuk bersolat Asar tanpa melakukan sebarang solat lain di antara kedua-duanya. Sesudah itu Baginda menaiki kenderaannya dan bergerak hingga sampai ke suatu tempat perhentian dengan membiarkan perut untanya al-Qaswa' menyentuh ketulan-ketulan batu di situ, manakala saf pejalan-pejalan kaki berjalan tidak melebihi setakat hadapannya sahaja. Di situ Rasulullah mengadap ke arah qiblat, Baginda terus berdiri hinggalah matahari terbenam di ufuk langit dan sinaran kuning beransur-ansur hilang. Usamah pun menghalau unta Rasulullah hinggalah sampai ke Muzdalifah, di sana Rasulullah menunaikan Maghrib dan al-Isya' dengan satu azan dan dua iqamah tanpa membaca apa-apa tasbih pun di atara kedua-dua solat itu. Di situ Rasulullah beristirehat, dan tidur hingga ke Subuh. Baginda pun menunaikan solat Subuh setelah diazan dan diiqamah, sesudah itu Baginda menaiki unta al-Qaswa' dan berjalan hingga sampai ke kawasan al-Haram (masyh'ar al-Haram), menghadapkan muka Baginda ke arah kiblat sambil berdoa, bertakbir, bertahlil dan bertahmid. Baginda berdiri di situ hinggalah habis waktu pagi.

Rasulullah bergerak lagi dari al-Muzdalifah ke Mina sebelum matahari naik. Di sini al-Fadhil bin Abbas mengikuti dari belakang tunggangan Rasulullah hinggalah sampai ke Batn Mahsar, dengan melalui jalan tengah yang menuju ke Jamrah al-Kubra. Apabila Baginda sampai di sana terdapat sepohon kayu yang dikenali sebagai Jamrah al-Aqabah. Baginda terus melontar tujuh anak batu sambil bertakbir disetiap lontarannya dari Batan al-Wadi. Sesudah itu Baginda menuju ke tempat sembelihan. Sebanyak enam puluh tiga (63) ekor unta Rasulullah sembelihkan kemudian diserahkannya kepada Ali bin Abi Talib untuk menyembelih yang bakinya, iaitu tiga puluh tujuh (37) ekor unta menjadi bilangan kesemuanya seratus ekor unta. Termasuk di antaranya sembelihan tadi ialah unta qurbannya. Sesudah selesai penyembelihan Baginda menyuruh supaya diambil serba sedikit daging dari setiap sembelihan dan dimasaknya dalam sebuah periuk. Setelah masak Baginda dan Ali memakan sedikit dari masakan dan mencuba kuahnya.

Kemudian Rasululah (s.a.w) menunggang untanya dan bergerak hingga sampai ke Kaabah, di sana Baginda bersembahyang Zohor, sesudah itu menziarahi orang-orang Banu Abdul al-Muttalib yang menjaga air zam-zam dan memberi minum kepada penziarah sekalian. Apabila melihat keadaan itu lantas Baginda berkata: "Ayuh! Rebutkan Banu Abdul al-Muttalib, kalau tidak ditakuti orang ramai mengatasi kamu pasti aku turut merebutnya bersama-sama kamu, justeru itu maka hadirin pun menghulurkan kepada Baginda setimba air dan Rasulullah (s.a.w) pun bersenang hati meminum darinya.

Di hari penyembelihan iaitu hari kesepuluh Zulhijjah, selepas waktu Dhuha Baginda membuat satu ucapan dari atas belakang baghalnya, "Syahba" manakala Ali bin Abi Talib menyampaikannya kepada orang ramai. Sidang hadirin ada yang duduk dan ada yang berdiri. Di dalam khutbahnya ini Baginda telah mengulangi beberapa perkara yang telah Baginda ungkapkannya kelmarin.

al-Syaikhan (dua orang Syeikh al-Hadith: al-Bukhari dan Muslim) telah meriwayatkan dari Abi Bakarah dengan katanya: Bahawa Rasulullah (s.a.w) telah menyampaikan kepada kami dihari al-Nahr - (penyembelihan) dengan sabdanya yang bermaksud:

"Sesungguhnya masa sudah pun beredar ke paksinya yang asal menepati dengan putaran di hari penciptaan langit dan bumi: Setahun dua belas bulan, empat darinya bulan haram, tiga bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam. manakala sebulan lagi ialah bulan Rejab Mudhar. yang berida di antara Jamadilakhir dan Syaaban "

Sabdanyanya lagi: Ini bulan apa ? Jawab kami: "Allah dan RasulNya lebih mengetahui, Rasulullah (s.a.w) pun berdiam seketika, hinggalah kami menyangka Baginda akan menamakannya dengan satu nama lain. Tidaklah, ini bulan Zulhijjah? Jawab kami: Bahkan. Tanya Baginda lagi: Negeri ini, negeri apa? Jawab kami: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Sabda Baginda: Tidakkah, negeri ini dikenali sebagai "al-Baldah" ? Kata kami semua: Bahkan. Tanya Baginda lagi. Kita ini di hari apa? Kata kami; Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda berdiam sejurus hingga kami menyangka Baginda akan menukar kepada nama baru. Kemudian sabda Baginda: Tidakkah hari ini hari al-Nahr hari sembelihan qurban?. Jawab kami: Bahkan. Seterusnya Baginda bersabda:

Sesungguhnya darah kamu, harta kamu dan maruah kamu adalah haram di atas kamu sekalian, sama seperti haramnya hari kamu ini, di bumi kamu ini dan di bulan kamu ini. "Dan kamu akan menemui Tuhan kamu di mana Tuhan kamu akan menyoal kamu mengenai kerja-kerja kamu, beringatlah supaya jangan sekali-kali kamu menjadi sesat selepas pemergian ku nanti di mana sebahagian kamu berbunuhan sesama sendiri"

Tidakkah telah ku sampaikan? Jawab mereka: Ya!. Kata Rasululah (s.a.w): Ya Allah Ya Tuhanku persaksikanlah, hendaklah yang hadir di antara kamu ini menyampaikan kepada yang tidak hadir. Kerana boleh jadi yang menyampaikan itu lebih menyedari dari si pendengar"

Dalam satu riwayat yang lain bahawa Baginda bersabda di dalam ucapannya yang bermaksud:

    Beringatlah, tiada siapa pun melakukan kesalahan kecuali kesalahan itu mengena ke atas dirinya. dan beringatlah tiada siapa pun melakukan kesalahan ke atas anaknya, dan tiada siapa pun di kalangan anak-anak melakukan kesalahan ke atas bapanya. Ingatlah bahawa Syaitan telah berputus asa dari ianya disembah di negeri kamu ini, tetapi ia akan memperolehi ketaatan dari kamu melalui kerja-kerja kamu yang kamu memperkecil-kecilkannya. Dengan itu syaitan akan bersenang hati dengannya "

Rasulullah tinggal di Mina sepanjang hari-hari tasyrik, mengerjakan ibadat dan mengajar hukum-hukam syariat, membuat tazkirah, membetulkan ajaran-ajaran hidayat dari ajaran Ibrahim, menghapuskan syirik dan kesan-kesannya. Rasulullah (s.a.w) juga membuat penyampaiap di sesetengah hari-hari tasyrik, di mana Abu Daud dengan. sanad hadith hasan, riwayat Sarra' binti Nubhan telah berkata: Rasulullah (s.a.w) telah memberi ucapannya di hari tasyrik itu dengan katanya: Tidakkah hari ini, hari tengah di antara hari-hari tasyrik. Ucapan Rasulullah itu seperti ucapannya di hari "al-Nahr" ucapan Baginda itu adalah selepas pcnurunan surah al-Nasr.

Di hari al-Nafar al-Thani iaitu hari ketiga belas Zulhijjah, Rasulullah (s.a.w) keluar dari Mina bergerak hingga ke tanah tinggi Banu Kinanah di ,iuatu kawasan lapanga. Baginda menghabiskan baki hari di situ hingga ke malamnya di mana Rasulullah (s.a.w) telah menunaikan solat Zohor, Asar, Maghrib dan Isya'. Setelah itu Rasulullah berbaring seketika, kemudian bangun dan bergerak menuju ke Kaabah, di sana Baginda melakukan tawafal-wida'.

Setelah selesai mengerjakan ibadat hajinya, Rasulullah (s.a.w) menggesa penunggang-penunggang pulang ke Madinah al-Mutahharah. Gesaan ini dibuat bukanlah kerana hendak memberi kesempatan untuk mereka mengambil peluang beristirehat tetapi adalah untuk menyambung dan meneruskan kembali perjuangan dan pertarungan untuk Allah dan ke jalan Allah.

No comments: